Category Archives: Garden of Allah

All about Islam

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

bismillah6

1) Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis
pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2) “BISMILLAH untukmu dan umatmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH.  Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam.” (Hadith Qudsi)

3) Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4) Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5) Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6) Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19.  Ibnu Mas’ud berkata: “Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19
malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.”

7) Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, “Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. ”

8) Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

kelebihan membaca bismillah… renung-renungkanlah…..

Leave a comment

Filed under Garden of Allah

10 Tabiat sebabkan otak rosak


otak_1

1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit ‘Alzheimer’.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Leave a comment

Filed under Be Good To Yourself, Garden of Allah, Self Improvement

Nasihat al-Qamah: 5 cara pilih sahabat

hakimiyyahNASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya) .

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu. Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

1..Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan..~

2..Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu.. ~

3..Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu..~

4..Dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang Memi liki mu..~ “sampaikan! lah walau satu ayat” al hadis LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH

Leave a comment

Filed under Garden of Allah

99 Asma’ul Husna

Leave a comment

Filed under Garden of Allah

Ciri-ciri sahabat yang baik

Rasulullah saw pernah berpesan: “Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

Ciri-ciri Sahabat Yang Baik

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.

Ingatlah pesanan Al-Imam Asy-Syahid Hasan al-Banna,
“Jadilah seperti pohon mempelam,
walaupun dibaling batu,
tetapi masih memberikan buah yang manis kepada kita”.

Artikel ini datangnya dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://www.ukhwah.com/

Leave a comment

Filed under Garden of Allah

Jagalah lidah anda

Jagalah lidah kita dari lapan perkara :
1. bohong
2. menyalahi janji
3. mengumpat orang
4. berdebat atau bertengkar dan suka me
mbantah perkataan orang lain
5. memuji diri sendiri
6. melaknat
7. mendoakan celaka bagi orang lain
8. bergurau, mengolok olek dan mengejek orang lain.

Leave a comment

Filed under Garden of Allah

100 tips ke arah kesempurnaan hidup

  1. bersyukur apabila beroleh nikmat.
  2. bersabar apabila mendapat kesulitan.
  3. tawakal apabila merencanakan sesuatu.
  4. ikhlas dalam segala amal perbuatan.
  5. jangan membiarkan hati larut tenggelam dalam kesedihan.
  6. jangan menyesal di atas sesuatu kegagalan.
  7. jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan.
  8. jangan rasa tergugat dengan kekayaan atau kemewahan orang lain.
  9. jngan berhasad dan iri hati terhadap kejayaan orang lain.
  10. jangan sombong bangga diri kalau beroleh kejayaan.
  11. jangan tamak terhadap harta.
  12. jangan terlalu mengejar sesuatu kedudukan.
  13. jangan hancur kerana kezaliman.
  14. jangan goyah kerana fitnah.
  15. jangan memasang keinginan terlalu tinggi melebihi kemampuan diri sendiri.
  16. jangan campurkan harta dengan harta yang haram.
  17. jangan sakiti ibubapa, samada secara fizikal ataupun mental.
  18. jangan usir orang yang meminta2.
  19. jangan sakiti anak yatim.
  20. jauhkan diri daripada dosa2 besar.
  21. jangan membiasakan diri dengan dosa2 kecil
  22. jangan mudah percaya pada ramalan manusia.
  23. usah terlampau takut jika hidup miskin.
  24. banyaklah berkunjung ke tempat ibadat dan tempat ilmu.
  25. solat dengan ikhlas dan khusyuk.
  26. lakukan solat di awal waktu dan lebih elok jika berjemaah.
  27. biasakan diri dengan solat malam.
  28. banyakkan zikir dan doa kepada Allah.
  29. lakukan puasa wajib dan puasa sunat.
  30. ambil berat dan hormati fakir miskin.
  31. jangan ada rasa takut kecuali hanya pada Allah.
  32. kawal kemarahan.
  33. jika mencintai seseorang, berpada2lah.
  34. bersatu kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah.
  35. latih diri untuk banyak berfikir.
  36. jika berjanji, penuhi janji. jika gagal penuhi janji, segera meminta maaf.
  37. jangan suka bermusuh dengan manusia, kecuali dengan iblis/syaitan.
  38. hormati semua orang, tidak kira tua muda miskin kaya.
  39. jangan terlalu takut kepada manusia.
  40. jangan sombong, takbur dan besar kepala.
  41. adil dalam segala urusan.
  42. biasakan diri beristighfar dan bertaubat kepada Allah.
  43. bersihkan rumah atau elakkan patung2 sebagai perhiasan kediaman.
  44. hiasi kediaman dengan bacaan al-Quran.
  45. jalin sillaturahim dengan lebih ramai orang.
  46. berpakaian mengikut aurat sesuai dengan petunjuk islam.
  47. bersembang, berbual, bercakap secara sederhana dan berpada2.
  48. mendirikan rumahtangga jika sudah tiba masa.
  49. hargai masa dan berdisiplin dengan waktu.
  50. biasakan hidup bersih, tertib dan teratur.
  51. jauhkan diri daripada penyakit2 batin (hati).
  52. luangkan masa untuk bersantai bersama keluarga.
  53. makanlah secukupnya, tidak kurang dan tidak terlebih-lebih.
  54. hormati guru dan orang bijak pandai.
  55. sering berselawat ke atas Rasulullah.
  56. menghargai dan mencontohi sirah, keluarga dan sahabat Rasulullah.
  57. jangan terlalu banyak berhutang.
  58. elakkan daripada terlalu mudah berjanji dengan sesiapa pun.
  59. selalu mengingatkan diri mengenai kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia hanya sementara.
  60. jauhkan diri daripada perbuatan tidak berfaedah seperti cakap2 dan borak kosong.
  61. bersahabat dengan orang2 soleh dan bijak.
  62. sering bangun dipenghujung malam, berdoa dan beristighfar.
  63. lakukan ibadah haji dan umrah bila berkemampuan.
  64. memaafkan orang lain yang membuat kesalahan kepada anda.
  65. usah berdendam dan jangan ada niat untuk membalas kejahatan dengan kejahatan juga.
  66. jangan membenci seseorang hanya kerana dia tidak sefahaman atau sependirian dengan kita.
  67. jangan benci kepada orang yang membenci anda.
  68. belajar untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan.
  69. ringankan beban orang lain dan bantu mereka yang berada dalam kesulitan.
  70. jangan melukai hati orang lain, baik secara fizikal atau mental.
  71. jangan biasakan diri bercakap bohong.
  72. berlaku adil biarpun diri sendiri akan rugi.
  73. jagalah amanah dengan penuh tanggungjawab.
  74. laksanakan tanggungjawab denganpenuh keikhlasan dan kesungguhan.
  75. hormati orang lain yang lebih tua.
  76. jangan membuka aib orang lain.
  77. lihat orang yang lebih miskin maka bersyukurlah (kerana kita lebih beruntung daripada dia). lihat pula orang yang lebih berjaya maka contohilah dia.
  78. ambil pengajaran daripada orang yang arif dan bijaksana.
  79. sediakan waktu dan ruang untuk merenung apa2 yang sudah dilakukan (muhasabah diri).
  80. jangan sedih kerana diri miskin dan jangan sombong kerana diri kaya.
  81. jadilah manusia yang selalu bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara.
  82. kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain.
  83. jangan membuat orang lain menderita dan sengsara.
  84. bercakap hal yang baik saja atau jika tidak, diam.
  85. hargai kejayaan dan pemberian orang.
  86. jangan habiskan waktu sekadar untuk berhiburan dan bersenang-lenang.
  87. akrabkan diri dengan semua orang, walaupun dengan orang yang tidak menyenangkan.
  88. pilih waktu yang sesuai untuk bersukan yang sesuai dengan norma2 agama atau mengikut kemampuan diri.
  89. jangan berbuat sesuatu yang boleh menjejaskan kesihatan jasmani atau fikiran.
  90. ikutilah nasihat orang2 yang arif lagi bijaksana (hm, macam ulangan pula ni).
  91. pandai2lah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai2lah untuk melupakan jasa diri sendiri.
  92. jangan berbuat sesuatu yang boleh menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang menyebabkan orang lain merasa terhina.
  93. jangan cepat percaya kepada berita jelek mengenai teman2 anda sebelum anda sendiri memastikan kesahihannya (rasanya kepada keluarga dan sedara-mara sendiri pun sama juga ni).
  94. jangan bertangguh untuk melaksanakan tugas dan kewajipan.
  95. sambutlah huluran tangan orang lain dengan penuh keakraban dan keramahan tetapi jangan berlebihan (tentang aurat pandai2lah).
  96. jangan memaksa diri melakukan sesuatu di luar kemampuan diri.
  97. waspada akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. jangan lari dari kenyataan kehidupan.
  98. yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan. setiap kejahatan pula akan melahirkan kerosakan.
  99. jangan bina kejayaan atas penderitaan orang lain dan jangan bina kekayaan dengan memiskinkan orang lain.
  100. yakin akan bantuan Allah dan hanya Dia tempat mengadu yang terbaik.

Leave a comment

Filed under Garden of Allah

KELEBIHAN MEMBACA AYAT KURSI

ayat-qursi1

Ayat kursi diturunkan pada suatu malam setelah hijrah, menurut sebuah riwayat ketika Ayat Kursi diturunkan, ianya disertai dengan beribu-ribu malaikat
sebagai pengiring, kerana kebesaran dan kemuliannya pada masa itu. Syaitan dan iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam
perjuangannya. Rasulullah s.a.w. segera memerintahkan kepada penulis Al Quran iaitu Zaid Tsabit agar segera menulis dan menyebarkannya.

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah  di sekitarnya.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang  yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
  • Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi  ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

1 Comment

Filed under Garden of Allah

Empat jenis manusia di bumi ini……

Khalil bin Ahmad menyatakan, bahawa darjat manusia terbahagia kepada empat macam, iaitu :

Manusia yang tahu (mengerti) dan dia tahu bahawa ia tahu. Yang demikian ialah manusia yang berilmu, yang boleh dijadikan pemimpin.

Manusia yang tahu, tapi dia tidak tahu bahawa dia tahu. Orang yang demikian sedang tertidur, dan perlu dibangunkan.

Manusia yang tidak tahu, dan dia tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian perlu dibimbing supaya menjadi cerdas.

Manusia yang tidak tahu, dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian haruslah dijauhi.

Leave a comment

Filed under Garden of Allah

12 WAKTU MUSTAJAB UNTUK BERDOA


shadaa

Selain usaha dan tawakal, doa ialah salah satu cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s.w.t. Di antaranya ialah:-

  1. Semasa Lailatul-Qadar.
  2. Ketika hujan turun.
  3. Ketika memulakan dan setelah selesai solat.
  4. Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
  5. Di tengah malam.
  6. Di antara azan dan iqamah.
  7. Ketika sujud dalam solat.
  8. Ketika iktidal akhir dalam solat.
  9. Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran.
  10. Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur).
  11. Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
  12. Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu asar dan maghrib


Leave a comment

Filed under Garden of Allah