100 tips ke arah kesempurnaan hidup

  1. bersyukur apabila beroleh nikmat.
  2. bersabar apabila mendapat kesulitan.
  3. tawakal apabila merencanakan sesuatu.
  4. ikhlas dalam segala amal perbuatan.
  5. jangan membiarkan hati larut tenggelam dalam kesedihan.
  6. jangan menyesal di atas sesuatu kegagalan.
  7. jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan.
  8. jangan rasa tergugat dengan kekayaan atau kemewahan orang lain.
  9. jngan berhasad dan iri hati terhadap kejayaan orang lain.
  10. jangan sombong bangga diri kalau beroleh kejayaan.
  11. jangan tamak terhadap harta.
  12. jangan terlalu mengejar sesuatu kedudukan.
  13. jangan hancur kerana kezaliman.
  14. jangan goyah kerana fitnah.
  15. jangan memasang keinginan terlalu tinggi melebihi kemampuan diri sendiri.
  16. jangan campurkan harta dengan harta yang haram.
  17. jangan sakiti ibubapa, samada secara fizikal ataupun mental.
  18. jangan usir orang yang meminta2.
  19. jangan sakiti anak yatim.
  20. jauhkan diri daripada dosa2 besar.
  21. jangan membiasakan diri dengan dosa2 kecil
  22. jangan mudah percaya pada ramalan manusia.
  23. usah terlampau takut jika hidup miskin.
  24. banyaklah berkunjung ke tempat ibadat dan tempat ilmu.
  25. solat dengan ikhlas dan khusyuk.
  26. lakukan solat di awal waktu dan lebih elok jika berjemaah.
  27. biasakan diri dengan solat malam.
  28. banyakkan zikir dan doa kepada Allah.
  29. lakukan puasa wajib dan puasa sunat.
  30. ambil berat dan hormati fakir miskin.
  31. jangan ada rasa takut kecuali hanya pada Allah.
  32. kawal kemarahan.
  33. jika mencintai seseorang, berpada2lah.
  34. bersatu kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah.
  35. latih diri untuk banyak berfikir.
  36. jika berjanji, penuhi janji. jika gagal penuhi janji, segera meminta maaf.
  37. jangan suka bermusuh dengan manusia, kecuali dengan iblis/syaitan.
  38. hormati semua orang, tidak kira tua muda miskin kaya.
  39. jangan terlalu takut kepada manusia.
  40. jangan sombong, takbur dan besar kepala.
  41. adil dalam segala urusan.
  42. biasakan diri beristighfar dan bertaubat kepada Allah.
  43. bersihkan rumah atau elakkan patung2 sebagai perhiasan kediaman.
  44. hiasi kediaman dengan bacaan al-Quran.
  45. jalin sillaturahim dengan lebih ramai orang.
  46. berpakaian mengikut aurat sesuai dengan petunjuk islam.
  47. bersembang, berbual, bercakap secara sederhana dan berpada2.
  48. mendirikan rumahtangga jika sudah tiba masa.
  49. hargai masa dan berdisiplin dengan waktu.
  50. biasakan hidup bersih, tertib dan teratur.
  51. jauhkan diri daripada penyakit2 batin (hati).
  52. luangkan masa untuk bersantai bersama keluarga.
  53. makanlah secukupnya, tidak kurang dan tidak terlebih-lebih.
  54. hormati guru dan orang bijak pandai.
  55. sering berselawat ke atas Rasulullah.
  56. menghargai dan mencontohi sirah, keluarga dan sahabat Rasulullah.
  57. jangan terlalu banyak berhutang.
  58. elakkan daripada terlalu mudah berjanji dengan sesiapa pun.
  59. selalu mengingatkan diri mengenai kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia hanya sementara.
  60. jauhkan diri daripada perbuatan tidak berfaedah seperti cakap2 dan borak kosong.
  61. bersahabat dengan orang2 soleh dan bijak.
  62. sering bangun dipenghujung malam, berdoa dan beristighfar.
  63. lakukan ibadah haji dan umrah bila berkemampuan.
  64. memaafkan orang lain yang membuat kesalahan kepada anda.
  65. usah berdendam dan jangan ada niat untuk membalas kejahatan dengan kejahatan juga.
  66. jangan membenci seseorang hanya kerana dia tidak sefahaman atau sependirian dengan kita.
  67. jangan benci kepada orang yang membenci anda.
  68. belajar untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan.
  69. ringankan beban orang lain dan bantu mereka yang berada dalam kesulitan.
  70. jangan melukai hati orang lain, baik secara fizikal atau mental.
  71. jangan biasakan diri bercakap bohong.
  72. berlaku adil biarpun diri sendiri akan rugi.
  73. jagalah amanah dengan penuh tanggungjawab.
  74. laksanakan tanggungjawab denganpenuh keikhlasan dan kesungguhan.
  75. hormati orang lain yang lebih tua.
  76. jangan membuka aib orang lain.
  77. lihat orang yang lebih miskin maka bersyukurlah (kerana kita lebih beruntung daripada dia). lihat pula orang yang lebih berjaya maka contohilah dia.
  78. ambil pengajaran daripada orang yang arif dan bijaksana.
  79. sediakan waktu dan ruang untuk merenung apa2 yang sudah dilakukan (muhasabah diri).
  80. jangan sedih kerana diri miskin dan jangan sombong kerana diri kaya.
  81. jadilah manusia yang selalu bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara.
  82. kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain.
  83. jangan membuat orang lain menderita dan sengsara.
  84. bercakap hal yang baik saja atau jika tidak, diam.
  85. hargai kejayaan dan pemberian orang.
  86. jangan habiskan waktu sekadar untuk berhiburan dan bersenang-lenang.
  87. akrabkan diri dengan semua orang, walaupun dengan orang yang tidak menyenangkan.
  88. pilih waktu yang sesuai untuk bersukan yang sesuai dengan norma2 agama atau mengikut kemampuan diri.
  89. jangan berbuat sesuatu yang boleh menjejaskan kesihatan jasmani atau fikiran.
  90. ikutilah nasihat orang2 yang arif lagi bijaksana (hm, macam ulangan pula ni).
  91. pandai2lah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai2lah untuk melupakan jasa diri sendiri.
  92. jangan berbuat sesuatu yang boleh menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang menyebabkan orang lain merasa terhina.
  93. jangan cepat percaya kepada berita jelek mengenai teman2 anda sebelum anda sendiri memastikan kesahihannya (rasanya kepada keluarga dan sedara-mara sendiri pun sama juga ni).
  94. jangan bertangguh untuk melaksanakan tugas dan kewajipan.
  95. sambutlah huluran tangan orang lain dengan penuh keakraban dan keramahan tetapi jangan berlebihan (tentang aurat pandai2lah).
  96. jangan memaksa diri melakukan sesuatu di luar kemampuan diri.
  97. waspada akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. jangan lari dari kenyataan kehidupan.
  98. yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan. setiap kejahatan pula akan melahirkan kerosakan.
  99. jangan bina kejayaan atas penderitaan orang lain dan jangan bina kekayaan dengan memiskinkan orang lain.
  100. yakin akan bantuan Allah dan hanya Dia tempat mengadu yang terbaik.

Leave a comment

Filed under Garden of Allah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s